Sha’ban Solitude

Sha’ban adalah bulan pengasingan, agar kita memasuki madrasah Ramadhan dengan persiapan.

Ketika ditanya tentang bulan Sha’ban, RasuluLlah SAW bersabda,

ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الْأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ

Maksudnya:“Sha’ban adalah bulan yang terletak di antara Rejab dan Ramadhan yang sering dilupakan oleh manusia. Ia adalah bulan yang di dalamnya amal-amal perbuatan akan diangkat ke sisi Tuhan semesta alam. Maka aku lebih suka apabila amalku diangkat dalam keadaan aku sedang berpuasa.”

Riwayat al-Nasa’i (2357)

RasuluLlah SAW telah mengingatkan kita. Bahawa ia bulan yang sering dilalaikan oleh manusia.

Menurut tradisi orang Arab zaman dahulu kala, bulan Sha’ban ialah bulan mereka bertebaran, meninggalkan kaum keluarga dan sanak saudara, untuk mencari bekalan air. Oleh sebab itu, ia juga dikenali sebagai bulan perpisahan.

Berpisah, demi mencari keperluan hidup, untuk menghadapi musim panas yang sangat hangat pada bulan Ramadhan nanti.

Bukanlah sesuatu yang mudah untuk pergi berkelana, tanpa ahli keluarga yang tercinta. Namun apakan daya, semangat harus dicekalkan demi kebaikan bersama.

Sha’ban berlalu, esok lusa kita akan memasuki bulan puasa.

Jadi, setelah sebulan, bagaimanakah dengan bekalan kita?

Kami di DukkanMaya melancarkan #sha3bansolitude pada awal purnama yang lalu, kerana ingin berusaha memahami dan cuba menghidupkan suasana ‘pengasingan’ yang harus dilalui setiap insan yang mencari kebenaran. Jika kita telusuri kisah silam, kita akan dapati RasuluLlah SAW juga sesekali beruzlah di Gua Hira’ untuk mendapatkan ketenangan, bersendiri dan mendekatkan diri kepada Tuhan.

Dalam kekalutan arus zaman, adalah mustahak untuk kita sesekali mengambil jeda, dan melakukan proses perenungan ke dalam diri. Mendengar bisikan-bisikan nurani, memperhati tanda-tanda fitrah dalam diri, dan menghubungkan satu demi satu tindak tanduk, keputusan dan pilihan juga peristiwa yang telah kita lewati. Menilai, dan menyemak ke lubuk yang paling dalam, agar kita dapat mengenalpasti hakikat kebenaran, dan seterusnya mengatur langkah yang akan datang dengan lebih tenang.

Ketenangan adalah hadiah dari kedekatan dengan Tuhan.

Ketenangan terbit dari perhubungan dalam diri – antara ruhani dan ‘aqli, spiritual dan intelektual, juga perhubungan di luar diri. Kita dengan Ilahi. Kita dengan manusia sekeliling.

Hanya dengan ketenangan, kita akan lebih harmoni dan mampu lebih damai dalam memberi.

Ketenangan juga, adalah buah dari benih kesyukuran.

Solat kita, sebagai orang Islam, ialah manifestasi syukur di atas segala nikmat Tuhan yang tak terhitungkan. Solat juga bermaksud doa. Doa ialah penghubung, bait-bait bicara kita kepada Tuhan, tanpa sebarang perantaraan.

Solat kita bukan sebuah transaksi. Bukan bahan perniagaan kita dengan Tuhan – yang kita ibaratkan seperti jual beli. Umpama beli ikan di pasar, saya beri duit ringgit, awak beri ikan keli. Saya sembahyang, Tuhan beri rezeki. Bukan.

Solat ialah hak kita kepada diri sendiri. Diri kita yang berhak merasa abdi, kecil tak terperi di hadapan Ilahi Yang Maha Suci, tetapi tetap diangkat tinggi di sisi Rabbi jika kita jujur melaksanakan amanah sebagai khalifah di muka bumi.

Untuk itu, adakalanya perpisahan sementara harus direlakan, demi kesejahteraan bersama yang lebih berkekalan.

Begitulah, aspirasi di sebalik #sha3bansolitude yang terlalu sederhana, dan usaha yang masih banyak cacat cela. Semoga kehadiran Ramadhan dapat menjadi wadah memperbaiki diri, memperbetul hati yang selalu dijangkiti lintasan-lintasan mazmumah yang terhina.

Marhaban ya Ramadhan, marhaban.

Sha’ban Solitude

WHAT STOPS YOU FROM SPREADING KHAYR? :)

Share on facebook
Share on Facebook
Share on twitter
Share on Twitter
Share on telegram
Share on Telegram
Share on whatsapp
Share on Whatsapp

Leave a comment

February Deal

Salam and morning! As mentioned earlier, for this month’s purchase of Noktah Terjahit, we have prepared some surprises for you: Since it’s a surprise, we

Baca Lagi »

Friendship

  4 types of friends that Sayyidina ‘Ali r.a advised his son to avoid: i- a fool ; because he may intend to benefit you

Baca Lagi »

Gifting

Memberi dengan sebenar-benar erti ialah membekas kepada sedalam-dalam hati. Assalamualaikum all! We’re glad to officially announce #MayPromo now! In conjunction with #Ramadhan2018 we had also

Baca Lagi »

Promosi April

Noktah Terjahit: RM25 seunit Penghantaran percuma untuk pembelian 2 unit RM 50 sahaja😊 Terma dan syarat : 🍁Penghantaran menggunakan Pos Ekspress. 🍁 Pos Ekspress valid untuk

Baca Lagi »

Galeri: Rihlah Ekonomi Ihsani

Alhamdulillah, dengan izin Allah, Rihlah Ekonomi Ihsani berjaya dilaksanakan pada minggu lepas. Kami mendengar pengisian demi pengisian oleh Dr Adi Setia, tentang ekonomi, sara diri,

Baca Lagi »