Bimbingan Belajar Berpandu

MEMBINA GENERASI MANDIRI

4 Isu Utama Pembelajaran

Tidak Menghayati Kepentingan Belajar

Sulit Menjelaskan Situasi & Keadaan

Sukar menguruskan Masalah & Kesilapan

Gagal Memahami Pelajaran

Pengenalan

ISU YANG MERUNCING
4 isu di atas ialah perkara yang dikenalpasti sebagai masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan pelajar pada masa kini. Jika anda merasakan salah satunya terdapat pada diri anak anda, mungkin anda mahu teruskan pembacaan di sini. Sebelum itu, kami ada cerita untuk dikongsi.
18 TAHUN LALU..
Ketika di sekolah rendah, sewaktu rakan-rakan sebaya membeli buku latih tubi di kedai buku di bandar, saya (Nik Nur Madihah) cuma mampu memandang sepi. Saya tahu kami tak mampu. Minda kecil saya ligat berfikir bagaimana mahu mendapatkan latihan yang sama seperti orang lain. Sebab untuk berjaya menguasai sesuatu subjek kemahiran seperti Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, saya tahu saya perlu buat banyak latihan untuk mengasah minda.
Bagaimana caranya untuk membuat latihan, tanpa perlu membeli buku latihan kerana ia memerlukan peruntukan kewangan tambahan, dan kami tidak mampu?
Saya dapat idea. Buat soalan sendiri!
KREATIVITI KANAK-KANAK
Saya dapatkan buku tulis kosong, dan dengan berpandukan soalan-soalan yang guru beri dalam kelas, kertas-kertas peperiksaan lepas, dan juga buku teks, saya buat soalan sendiri, dan hantar kepada guru subjek tersebut untuk semak.
Matematik, esei Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu – 3 subjek ini ialah subjek kegemaran saya sewaktu di sekolah rendah. Saya akan gubal soalan sendiri, kemudian minta bantuan guru semak.
Kadang-kadang guru subjek Matematik akan tanya kehairanan, “dari mana awak dapat soalan macam ni?” dan saya akan tersengih, “saya reka sendiri..” Seringkali cikgu akan memberi komentar bahawa soalan tersebut terlalu complicated atau advanced dan tak mungkin keluar dalam peperiksaan.
ASPIRASI DIKONGSI
Sekarang, setelah dewasa, saya berharap untuk dapat melihat kembali ke belakang dan berkongsi pengalaman panjang yang merangkumi strategi dan inspirasi, juga motivasi yang menguatkan diri saya dalam melalui proses pembelajaran untuk mencari ilmu pengetahuan.
Setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Oleh itu, kaedah dan pendekatan setiap individu dalam meniti jambatan pembelajaran tidak semestinya sama. Maka, kebolehan untuk mendatangkan kaedah yang terbaik mengikut keadaan diri, keluarga, dan persekitaran, termasuklah keadaan kewangan, fasiliti dan pembahagian masa, adalah mustahak untuk dikuasai oleh para pelajar.
Hal ini adalah mustahak agar para pelajar dapat belajar secara mandiri, sanggup berusaha untuk menyelesaikan masalah sendiri, tanpa mengharap kepada suapan guru di sekolah semata-mata, demi kebaikan diri sendiri. Kesedaran ini penting, agar anak-anak kita tidak membesar dengan ‘mindset’ yang terlalu bergantung kepada orang lain dan tidak mampu berdiri di atas kaki sendiri.
HARAPAN
Melihat kepada hakikat inilah, kami bawakan Bimbingan Belajar Berpandu.
Dengan harapan, untuk melatih adik-adik belajar dengan matlamat yang jelas, mempunyai impian yang benar, supaya para pelajar mampu bertanggungjawab di atas pembelajaran masing-masing, tanpa dikerah-kerah atau dipaksa-paksa tanpa rela.
Kami berharap untuk mengetengahkan bagaimana para pelajar boleh belajar berpandukan sumber yang ada di sekitar mereka, dan seterusnya memupuk perkembangan minda supaya sejajar dengan keperluan yang harus mereka penuhi sebagai individu yang mahu menyumbang semula kepada masyarakat.
"Proses pembelajaran ialah sebuah proses yang harus dihayati oleh anak-anak sebagai tempoh mempelajari sesuatu ilmu untuk mendapatkan kefahaman yang jitu."
NIK NUR MADIHAH
DukkanMaya LEARNING LOCUS

KONSEP

BIMBINGAN BELAJAR BERPANDU

Belajar berpandu yang ingin kami bawakan adalah merujuk kepada belajar secara terarah, berstruktur dan bermatlamat.  Kemahiran ini sebenarnya adalah sangat penting, terutamanya di era ledakan maklumat, di mana ilmu pengetahuan kini boleh diakses di hujung jari sahaja. Di sebalik keupayaan belajar berpandu, terdapat 3 nilai utama yang mahu kami tekankan :

1- Responsible iaitu bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri

2- Resourceful iaitu pandai memanfaatkan sumber yang ada

3- Resilient iaitu daya tahan yang tinggi dalam mendepani kesukaran 

Oleh yang demikian,  kami menawarkan bimbingan yang rapat untuk membiasakan para pelajar dengan kemahiran belajar secara berpandu.

pendekatan 6k

Kendali

Memberdayakan pelajar untuk mengendalikan kesilapan dan kesukaran yang dihadapi sepanjang pembelajaran.

Kreativiti

Menyuburkan kreativiti dalam diri pelajar untuk meneroka pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah.

Komunikasi

Mengasah kemahiran pelajar dalam berkomunikasi dengan orang lain untuk menyampaikan maklumat dan buah fikiran bagi menjelaskan sesuatu keadaan.

Kendiri

Membimbing pelajar untuk bersifat mandiri agar berupaya untuk menguruskan pembelajaran sendiri.

Kolaborasi

Memupuk semangat bekerjasama dan saling bertukar pengetahuan tanpa rasa iri atau cemburu dalam diri pelajar ke arah mencapai objektif masing-masing.

Kongsi

Melatih pelajar untuk berkongsi ilmu, kepandaian, dan kemahiran dengan rakan-rakan yang lain supaya kebaikan yang ada dapat dirasai oleh semua.

FOKUS

Perempuan

Kami sasarkan adik-adik perempuan, kerana kami perhatikan terdapat keperluan yang meruncing untuk membantu perkembangan anak-anak ini dalam mendepani cabaran semasa, baik dalam hal pelajaran di sekolah mahupun hal pembentukan sahsiah. Apatah lagi, pelajar perempuan dilihat memerlukan sokongan yang lebih padu dari masyarakat sekeliling.

Matematik

Kami mulakan dengan pembelajaran subjek Matematik yang dianggap 'menakutkan' bagi kebanyakan pelajar, kerana ia berupaya menjadi platform yang sesuai untuk membentuk daya fikir yang analitikal, kritikal dan rasional agar anak-anak kita lebih bersedia menghadapi dunia semasa.

Program

AASIYAH 5

Tahun 5 @ 11 tahun

  • Sabtu 2.30 pm - 4.30 pm
  • RM 150 / bulan

AASIYAH 6

Tahun 6 @ 12 tahun

  • Sabtu 2.30 am - 4.30 pm
  • RM 150 / bulan

Your Children. Future of our Generation.

PERINCIAN & JADUAL

Untuk pengambilan bulan September 2019, pendaftaran kini dibuka. Butiran sesi adalah seperti berikut:

Subjek : Matematik

Tempat : Gombak

Tarikh Mula : 5 Oktober 2019

Yuran Pendaftaran : RM 30

YURAN

AASIYAH

Pelajar Tahun 3 - 6
RM 150
Sebulan
  • 1 sesi berlangsung selama 2 jam
  • 1 bulan ada 4 sesi

MARYAM

Menengah Rendah
RM 170
Sebulan
  • 1 sesi berlangsung selama 2 jam
  • 1 bulan ada 4 sesi

pembimbing

givingtalk

Nik Nur Madihah

PEMBIMBING UTAMA

Graduan Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah. Pernah menjadi pelajar terbaik kebangsaan SPM 2008 dengan pencapaian 19A1 dan 1A2. Kisah pencapaian tersebut dirakamkan oleh buku Catatan Hati Nik Nur Madihah dan Permata Generasi Rabbani. Pada tahun 2017, menghasilkan karya sulung yang diberi tajuk Noktah Terjahit.

Pernah ke Jordan dan UK untuk menyambung pengajian dalam bidang Fizik, sebelum kembali ke Malaysia untuk mengambil ijazah di Kulliyyah Ilmu Wahyu, UIA.

Pengalaman terlibat dalam memberikan ceramah motivasi di sekolah-sekolah seluruh Malaysia, dan menawarkan khidmat sebagai ‘private tutor’ menguatkan lagi semangat untuk memberi semula kepada komuniti melalui pengukuhan pembelajaran.

Berharap untuk menyebarkan kebaikan kepada masyarakat melalui perkongsian strategi, tips, teknik dan motivasi, pemindahan kemahiran dan aplikasi pengalaman sebenar kepada adik-adik di bangku sekolah, dengan tujuan mengajak kepada kesedaran bahawa ilmu ialah cahaya yang menyuluh jalan.

Semoga sedikit usaha ini akan dilimpahi keberkatan dan keredhaan yang berterusan dari Ilahi.

KELEBIHAN YANG DITAWARKAN

Suasana pembelajaran yang menyeronokkan, terjaga dan selesa

Kelas diadakan dalam persekitaran rumah agar dapat memberikan keselesaan dan suasana kekeluargaan untuk memberikan sokongan kepada pembelajaran anak-anak.

Perhatian secara langsung dari pembimbing

Setiap pelajar akan diberikan perhatian yang sewajarnya dan diikuti perkembangan secara rapat.

Kumpulan belajar yang kecil

Memudahkan fokus diberikan secara sama rata kepada semua pihak, di samping memastikan semua orang mengambil bahagian dalam tugasan berkumpulan.

Kefahaman & kemahiran mengaplikasi

Penekanan diberikan kepada kefahaman pelajar dan kemahiran menghubungkaitkan dengan kehidupan seharian, untuk membolehkan pelajar mengaplikasi apa yang dipelajari.

Bimbingan tanpa menghukum

Kebebasan untuk mengeksplorasi potensi diri dengan dibimbing oleh tunjuk ajar secara tulus bagi membantu pembelajaran anak-anak.

Kemaskini perkembangan dari semasa ke semasa

Ibu bapa akan dimaklumkan mengenai keadaan semasa anak-anak agar kerjasama yang erat dapat dipupuk untuk menyuburkan perkembangan pembelajaran yang sejahtera kepada diri pelajar.

DAFTAR

Berkongsi aspirasi yang sama?

Adakah anda mahukan aspirasi yang sama untuk anak anda tetapi tidak ada sesi mereka ditawarkan di atas? Contohnya pelajar sekolah menengah atau pelajar lelaki?

Tinggalkan butiran anda di sini, kami akan hubungi anda semula inshaAllah

HUBUNGI

MAKLUMKAN HASRAT ANDA DI SINI